SK Sungai Ular, Kuantan
Monday, 19 October 2015
Friday, 6 March 2015
MTQ Zon Jaguh 2015
MTQ Zon Jaguh 2015
Ammar Hanapi (5 Baitul Aliim - JOHAN Hafazan Kategori Lelaki)
Nur Izzah binti Rasli (6 Baitul Aliim - JOHAN Tilawah Kategori Perempuan)

Thursday, 22 January 2015
Pengagihan Bantuan Kemanusiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pengagihan Bantuan Kemanusiaan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia kepada guru-guru dan murid-murid SK Sungai Ular, Kuantan pada 21 Januari 2015..
Program Transisi Tahun 1 2015
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.
Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2015
Seramai 20 orang murid yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6 telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dalam Perhimpunan Rasmi Sekolah, Isnin 19 Januari 2015.. Program ini di bawah seliaan Pn. Khalifah binti Khalib, Guru Bimbingan dan Kaunseling SKSU.
Konsep asas program PRS ialah "Rakan Bantu Rakan". Rakan boleh dalam lingkungan umur yang sama atau lebih tua/muda. Nama Pembimbing Rakan Sebaya adalah sama dengan program lain seperti : Mentor Sebaya, Kaunselor Sebaya, Adik angkat, Kelompok Sokongan Sebaya, College Sistem, Buddy atau Tutor Sebaya.
Falsafah asas program PRS adalah berdasarkan slogan " Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain". Oleh itu diperingkat sekolah, konsep PRS adalah Rakan Bantu Rakan. PRS yang terpilih akan diberikan latihan-latihan asas dalam hubungan membantu. Kemahiran-kemahiran asas ini diharapkan dapat dipraktikkan oleh PRS untuk membantu rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, akademik, perkembangan diri dan pelbagai lagi.

Monday, 19 January 2015
LADAP Pengajaran Abad Ke 21
Ladap Pengajaran Abad ke 21 telah berlangsung pada Sabtu, 17 Januari 2015 di Bilik Gerakan SKSU. Ladap yang telah dikelola oleh Encik Ridzuan bin Ariffin bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.
Selain penerangan mengenai Pembelajaran Abad ke 21 oleh beliau, guru-guru turut mengikuti aktiviti berkumpulan dan pembentangan hasil kerja kumpulan.. Moga-moga ilmu yang diperolehi dalam LADAP kali ini dapat memberikan suntikan semangat buat guru-guru dalam melaksanakan kaedah pembelajaran abad ke 21 di dalam bilik darjah.

Subscribe to:
Posts (Atom)