Monday, 19 January 2015

LADAP Pengajaran Abad Ke 21

Ladap Pengajaran Abad ke 21 telah berlangsung pada Sabtu, 17 Januari 2015 di Bilik Gerakan SKSU. Ladap yang telah dikelola oleh Encik Ridzuan bin Ariffin bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Selain penerangan mengenai Pembelajaran Abad ke 21 oleh beliau, guru-guru turut mengikuti aktiviti berkumpulan dan pembentangan hasil kerja kumpulan.. Moga-moga ilmu yang diperolehi dalam LADAP kali ini dapat memberikan suntikan semangat buat guru-guru dalam melaksanakan kaedah pembelajaran abad ke 21 di dalam bilik darjah.









No comments:

Post a Comment