Monday, 30 June 2014

Hari Sukan 2014 - Galeri

Tarikh : 22 Jun 2014
Masa : Bermula 8 pagi
Perasmi : Dato’ Hj. Mustaffar Kamal bin Hj. Abd. Hamid


Acara sebelum hari sukan
Persiapan terakhir sebelum kejohanan..

Perbarisan rumah-rumah sukan
Medal disampaikan kepada pemenang oleh GPK KO dan Pengerusi JKKK..


Acara kemuncak - tarik tali terbuka..

Pengerusi majlis, Statistik dan Hadiah..

GPK KO, Cikgu Wan Azis bin Wan Musa diarak sempena sukan tahunan yang terakhir di bawah seliaannya.



National Community Engagement Project

Pada hari Sabtu 28 Jun 2013, pihak sekolah telah menerima kehadiran mahasiswa UNITEN, Bangi untuk program 'National Community Engagement Project' yang dianjurkan oleh Persatuan Kelompok Murni dan Centre for Forensic Engineering Universiti Tenaga Nasional. Program ini bermatlamatkan kegiatan khidmat masyarakat untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat..

Banner Program
Terdapat 3 program yang dijalankan bermula seawal 8.30 pagi iaitu 'English Camp' serta melukis mural yang diadakan di sekolah yang turut disertai oleh sebahagian murid-murid tahun 4 dan 5 serta aktiviti gotong-royong membersihkan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Ular. Ketiga-tiga aktiviti berlangsung serentak dan berakhir kira-kira jam 12 tengahari..

Aktiviti Melukis Mural

Mahasiswa UNITEN bersama anak-anak SKSU

English Camp yang dijalankan di bilik muzik.

Antara aktiviti English Camp yang dijalankan.
Aktiviti pada sebelah petang bersambung dengan aktiviti sukaneka dan sukan rakyat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tarik upih, boling padang, dam aji dan treasure hunt.




Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Persatuan Kelompok Murni dan Centre for Forensic Engineering Universiti Tenaga Nasional atas kesudian mereka untuk mengadakan program khidmat masyarakat mereka di sekolah ini. Sesungguhnya khidmat dan bakti yang mereka curahkan, walaupun sehari tetapi memberikan kesan positif kepada murid-murid di SK Sungai Ular, Kuantan..

Semoga pihak sekolah berterusan dikunjungi oleh pihak-pihak luar yang ingin menjalankan program-program yang mulia seperti ini..

kredit gambar dan maklumat : http://anakjatimuar.blogspot.com/

Sunday, 29 June 2014

Kejayaan Anak-Anak SKSU Part 2 2014


Anak-anak SKSU turut melakar kejayaan dalam acara merentas desa untuk tahun 2014..
Dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuantan 2014 yang telah berlangsung di 
Kompleks Sukan UIA, Indera Mahkota pada 16 Februari 2014, Muhammad Asyraf Bin Mohd Deris (5 Elite) berjaya menjadi JOHAN bagi kategori Lelaki 12 tahun manakala Alia Maisara binti Zainuddin (4 Elite) berjaya menduduki tempat ke 8 bagi kategori Perempuan 12 tahun.. 

Kedua-dua anak-anak SKSU ini terpilih untuk mewakili pasukan Merentas Desa MSSD Kuantan ke Kejohanan Merentas Desa MSSP 2014 yang diadakan di Cameron Highlands, Pahang.

Dalam kejohanan peringkat negeri ini Muhammad Asyraf menduduki tempat ke 7 keseluruhan bagi kategori Lelaki 12 tahun manakala Alia Maisara menduduki tempat ke 40 keseluruhan bagi kategori Perempuan 12 tahun.

Semoga akan lahir lebih ramai atlet yang mampu membawa nama SKSU ke peringkat tertinggi pada masa akan datang.. Insyaallah..


Saturday, 28 June 2014

Visi dan Misi Sekolah


Logo Sekolah


BIL.
ITEM
MAKSUD
1.
Roda
Matapelajaran manipulatif iaitu sebagai asas ke arah memberi kemahiran membentuk pengetahuan yang membantu membentuk individu yang berkemahiran, praktis dan tabiat kerja yang baik serta tekun. Dalam usaha asas membentuk masyarakat tahun 2020 yang berteknologi tinggi.

2.
Buku dan Pena
Institusi ini memberikan pendidikan akademik untuk melahirkan insan yang berilmu.

3.
Bulatan Merah
Semua kakitangan dan murid dikawal oleh peraturan dan undang-undang seperti etika perkhidmatan, disiplin, akta pelajaran dan peraturan sekolah.

4.
Bunga
Membawa maksud sekolah sentiasa mengamalkan kerjasama, semangat kekitaan, perpaduan sehingga mewujudkan suasana yang harmoni.

5.
Motto :
KE ARAH KECEMERLANGAN
Warga sekolah sentiasa berikhtiar dan berusaha mencapai kejayaan dan mempertingkatkan prestasinya dalam semua bidang termasuk dalam pencapaian akademik.

6.
Warna
MERAH – Melambangkan kecekalan, ketabahan dan keberanian menghadapi rintangan dalam mencapai kejayaan.

PUTIH – Keikhlasan dalam menjalankan segala tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran baik dari aspek Kurikulum dan Kokurikulum.

KUNING – Kesetiaan, bersedia mematuhi segala undang-undang dan peraturan.

BIRU – Berdisiplin, kreatif, berdaya maju, perpaduan dan semangat kekitaan bagi mewujudkan kerja berpasukan yang harmonis.


Friday, 27 June 2014

Kejayaan Anak-Anak SKSU part 1 2014

SKSU ORCA - Kejohanan Sofbol MSSD Kuantan 2014 (JOHAN)

Pasukan Sofbol Perempuan SKSU mula menyertai Kejohanan Sofbol MSSD Kuantan pada tahun 2013.. Pada kejohanan tersebut, pasukan ini berjaya menduduki tempat ketiga. Pencapaian ini amat membanggakan sebagai sebuah pasukan yang baru ditubuhkan 2 bulan pada waktu tersebut..

Tahun 2014 merupakan tahun kedua penyertaan dari Pasukan Sofbol Perempuan SKSU.. Alhamdulillah, penyertaan tahun ini telah memberikan hasil yang sangat membanggakan. JOHAN sofbol kategori Perempuan bawah 12 tahun MSSD Kuantan 2014. 

Lebih membanggakan 5 orang anak-anak SKSU telah terpilih untuk mewakili pasukan sofbol MSS Kuantan dan MSS Pahang dalam Kejohanan Sofbol MSSP dan MSSM.. Semoga dengan pencapaian ini dapat menaikkan nama SK Sungai Ular dalam bidang sukan..

Kejohanan Sofbol MSSP 2014 di Bera, Pahang (JOHAN)

Kejohanan Sofbol MSSM 2014 di Pulau Pinang. (JOHAN kategori Plate)

Salam Ramadhan 1435H


Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..
Insyaallah..

Lagu Sekolah

Sekolahku yang tercinta
Tegak megah berjasa
Melahir dan membina insan
Peribadi mulia

Guru-guru yang setia
Dengan semangat waja
Bersama berharmoni capai
Cita-cita kita semua

Belajar kita terus belajar
Mematuhi disiplin diri
Dengan tekad dan hati berani
Usaha terus pasti berjaya

Di sini kami berjanji
Sepadu dan sejiwa
Tempuhi setiap cabaran
SKSU arah cemerlang jaya
SKSU cemerlang jaya

Senarai Guru Besar SK Sungai Ular

BIL
NAMA
TAHUN
1.
Abd. Rashid bin Wok
1956 - 1962
2.
Mat Jahit bin Junus
1964 - 1968
3.
Jaafar bin Ismail
1968 - 1975
4.
Mohamad bin Madiah
1975 - 1978
5.
Haji Abd. Rashid bin Wok
1978 - 1980
6.
Musa bin Chik
1980 - 1982
7.
Mat Jahit bin Junus
1982 - 1985
8.
Azharuddin bin Awang Basir
1986 - 1990
9.
Tuan Haji Alwi bin Abdullah
1990 - 1992
10.
Sheikh Omar bin Sheikh Osman
1992 - 1995
11.
En. Kamarasaman bin Abdullah
1995 - 2000
12.
En. Othman bin Rashid
2000 - 2004
13.
En. Mohamad Fodzi bin Mohd Salleh
2004 - 2008
14.
Tuan Haji Mohd Noor bin Mat Kasim
2008 - 2009
15.
En. Othman bin Najar
2009 - Kini

Sejarah Sekolah

4 April 1952 merupakan titik tolak penting untuk dunia pendidikan di Kampung Sungai Ular. Usaha untuk mendirikan bangunan sekolah rakyat pada masa itu telah dipelopori oleh Tuan Haji Ahmad bin Abdullah (Pak Mat), ketua Kampung Sungai Ular, dengan sokongan Penghulu Mukim Sungai Karang, Encik Mohamed bin Taib. Mereka berjaya mmenyakinkan penduduk kampong untuk mendirikan sekolah rakyat secara bergotong-royong untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa yang berminat untuk belajar membaca dan menulis.

Keadaan bangunan sekolah pada masa itu terdiri daripada 2 buah blok bangunan kayu yang menggunakan batang nibung, atap nipah serta berdindingkan kulit kayu. Anggaran luas bangunan pada masa itu ialah 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang. Ia didirikan di atas tapak Kuarters Guru sekarang.

Dua orang guru rakyat dari daerah Pekan telah dihantar oleh Pejabat Pelajaran Negeri Pahang untuk bertugas di Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular. Mereka ialah Cikgu Daud bin Ali dan Cikgu Romli bin Osman. Mereka telah mengajar di Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular sehingga 1956.


Pada tahun 1956, selepas Penyata Razak dibentangkan dan diterima pakai, sistem pendidikan sekali lagi melalui perubahan drastik. Sehubungan dengan itu, Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular telah ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.

Datuk Abdul Rahman bin Talib, yang pada masa itu merupakan seorang menteri telah menggunakan peruntukan kuasa yang ada untuk mendirikan bangunan batu Sekolah Kebangsaan Sungai Ular bagi menggantikan bangunan kayu sekolah rakyat pada tahun 1956.

Guru rakyat sedia ada mesti belajar di ‘Norma Class’ anjuran Sultan Idris Training College (SITC) di Kuantan dan mesti lulus ujian tersebut. Bagi guru rakyat pula mesti lulus darjah lima dan gajinya dibayar melalui ‘School Fund’ yang disumbang oleh penduduk kampung.


Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Sungai Ular ialah Tuan Haji Abd. Rashid bin Wok. Pada masa itu beliau baru berusia 22 tahun. Beliau merupakan guru kerajaan yang pertama bertugas di sekolah ini. Beliau yang lulus peperiksaan tersebut dipilih menjadi Guru Besar dengan dibantu oleh dua orang guru rakyat iaitu Encik Daud bin Ali dan Encik Romli bin Osman. Beliau mula bertugas pada awal bulan Mac 1956 setelah bangunan baru sekolah telah siap didirikan sepenuhnya.

kredit info :
Encik Khairul Azizi bin Ab Aziz
Folio Pembangunan SK Sungai Ular

Thursday, 26 June 2014

Salam Pembuka Bicara..













Selamat datang dan salam ukhwah..
Blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat,
berkongsi berita dan peristiwa..

Menjadi medan pertemuan untuk semua guru
dan bekas anak murid SK Sungai Ular, Kuantan
untuk terus berhubungan dan bertanya khabar..

Juga sebagai medan membuahkan
cadangan penambahbaikan untuk kebaikan
semua pihak..

Kongsi-kongsikanlah semua yang manis
untuk tatapan kita bersama..