4 April 1952 merupakan titik tolak penting untuk dunia
pendidikan di Kampung Sungai Ular. Usaha untuk mendirikan bangunan sekolah
rakyat pada masa itu telah dipelopori oleh Tuan Haji Ahmad bin Abdullah (Pak
Mat), ketua Kampung Sungai Ular, dengan sokongan Penghulu Mukim Sungai Karang,
Encik Mohamed bin Taib. Mereka berjaya mmenyakinkan penduduk kampong untuk
mendirikan sekolah rakyat secara bergotong-royong untuk mengajar kanak-kanak
dan orang dewasa yang berminat untuk belajar membaca dan menulis.
Keadaan bangunan sekolah pada masa itu terdiri daripada 2
buah blok bangunan kayu yang menggunakan batang nibung, atap nipah serta
berdindingkan kulit kayu. Anggaran luas bangunan pada masa itu ialah 20 kaki
lebar dan 60 kaki panjang. Ia didirikan di atas tapak Kuarters Guru sekarang.
Dua orang guru rakyat dari daerah Pekan telah dihantar oleh
Pejabat Pelajaran Negeri Pahang untuk bertugas di Sekolah Rakyat Kampung Sungai
Ular. Mereka ialah Cikgu Daud bin Ali dan Cikgu Romli bin Osman. Mereka telah
mengajar di Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular sehingga 1956.
Pada tahun 1956, selepas Penyata Razak dibentangkan dan
diterima pakai, sistem pendidikan sekali lagi melalui perubahan drastik.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular telah ditukar nama
menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.
Datuk Abdul Rahman bin Talib, yang pada masa itu merupakan
seorang menteri telah menggunakan peruntukan kuasa yang ada untuk mendirikan
bangunan batu Sekolah Kebangsaan Sungai Ular bagi menggantikan bangunan kayu
sekolah rakyat pada tahun 1956.
Guru rakyat sedia ada mesti belajar di ‘Norma Class’ anjuran
Sultan Idris Training College (SITC) di Kuantan dan mesti lulus ujian tersebut.
Bagi guru rakyat pula mesti lulus darjah lima dan gajinya dibayar melalui ‘School
Fund’ yang disumbang oleh penduduk kampung.
Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Sungai Ular ialah Tuan
Haji Abd. Rashid bin Wok. Pada masa itu beliau baru berusia 22 tahun. Beliau
merupakan guru kerajaan yang pertama bertugas di sekolah ini. Beliau yang lulus
peperiksaan tersebut dipilih menjadi Guru Besar dengan dibantu oleh dua orang
guru rakyat iaitu Encik Daud bin Ali dan Encik Romli bin Osman. Beliau mula
bertugas pada awal bulan Mac 1956 setelah bangunan baru sekolah telah siap
didirikan sepenuhnya.
kredit info :
Encik Khairul Azizi bin Ab Aziz
Folio Pembangunan SK Sungai Ular
kredit info :
Encik Khairul Azizi bin Ab Aziz
Folio Pembangunan SK Sungai Ular
Tahniah!
ReplyDeleteWow..
ReplyDelete