Tuesday, 8 July 2014

Hari Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6 Kali ke 2 2014

Pada hari Sabtu, 28 Jun 2014 yang lepas telah berlangsungnya 'Hari Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6 kali yang kedua bagi tahun 2014. Majlis telah berlangsung di dewan sekolah dan dihadiri kira-kira 70 orang ibubapa.

Ceramah Motivasi oleh Puan Rohani Othman

Majlis dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Puan Rohani binti Othman dari SK Sungai Isap Murni, Kuantan. Motivasi ini memberikan kesan yang mendalam kepada para hadirin yang tersentuh hati dengan input yang disampaikan oleh beliau.

Antara ibubapa yang hadir

Puan Asmawati menyampaikan cenderahati kepada Puan Rohani

Selepas waktu rehat, satu taklimat UPSR telah disampaikan oleh Puan Asmawati binti Alias, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Ular, Kuantan. Beliau telah membentangkan data yang diperolehi daripada keputusan Ujian Pengesanan UPSR yang telah dilaksanakan pada bulan April lepas.

Puan Asmawati menyampaikan taklimat UPSR kepada ibubapa


Ibubapa juga berpeluang untuk bersemuka dengan guru kelas Tahun 6 bagi mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

Semoga dengan perjumpaan sebegini akan memberikan titik tolak baru hubungan kerjasama antara ibubapa dan guru. Kehadiran ibubapa juga melambangkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Wednesday, 2 July 2014

Kejayaan Anak-Anak SKSU Part 3 2014



Pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun SKSU mengekalkan kejuaraan daerah yang dimenangi sejak 2011 buat kali keempat berturut-turut. Dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuantan 2014 yang berlangsung pada 15 April 2014, Pasukan perempuan bawah 12 tahun SKSU menumpaskan pasukan SJKC Chung Ching dalam satu perlawanan yang mendebarkan sehingga ke permainan rubber set.. Semangat juang yang tidak mengenal erti kalah akhirnya menjulang SKSU di bawah bimbingan Cikgu Afendi Abd Rahman sebagai JOHAN dalam kejohanan tersebut.. 

Walaubagaimanapun, kejuaraan ini tidak dapat dikongsi bersama pasukan lelaki. Mereka gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2013 setelah tewas kepada SK Wira dalam perlawanan suku akhir.

Kejayaan pasukan perempuan lebih manis apabila 7 orang pemain telah terpilih untuk mewakili pasukan Kuantan ke Kejohanan Bola Tampar 2014 yang diadakan di Raub, Pahang. Dalam kejohanan tersebut, pasukan Kuantan telah berjaya muncul sebagai JOHAN bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.