![]() |
Ceramah Motivasi oleh Puan Rohani Othman |
Majlis dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Puan Rohani binti Othman dari SK Sungai Isap Murni, Kuantan. Motivasi ini memberikan kesan yang mendalam kepada para hadirin yang tersentuh hati dengan input yang disampaikan oleh beliau.
![]() |
Antara ibubapa yang hadir |
![]() |
Puan Asmawati menyampaikan cenderahati kepada Puan Rohani |
Selepas waktu rehat, satu taklimat UPSR telah disampaikan oleh Puan Asmawati binti Alias, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Ular, Kuantan. Beliau telah membentangkan data yang diperolehi daripada keputusan Ujian Pengesanan UPSR yang telah dilaksanakan pada bulan April lepas.
![]() |
Puan Asmawati menyampaikan taklimat UPSR kepada ibubapa |
Ibubapa juga berpeluang untuk bersemuka dengan guru kelas Tahun 6 bagi mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Semoga dengan perjumpaan sebegini akan memberikan titik tolak baru hubungan kerjasama antara ibubapa dan guru. Kehadiran ibubapa juga melambangkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.
No comments:
Post a Comment