Saturday, 4 October 2014

Malang Tidak Terduga

Satu kebakaran besar telah mengakibatkan rumah seorang murid tahun 4 Exert, Rosli bin Ramli
musnah sama sekali..  Kejadian tersebut telah berlaku kira-kira jam 4 petang, 5 Ogos 2014
yang lalu. Rumah murid terbabit betul-betul terletak di pagar belakang sekolah berhampiran bilik pemulihan.Kebakaran telah dipercayai berpunca daripada berlakunya litar pintas. Api marak
begitu pantas sehingga tiada barang yang dapat diselamatkan. Kehadiran ahli bomba dari Balai Bomba Gebeng dapat mengelakkan kebakaran tersebut daripada merebak ke rumah berhampiran..





Sempena kejadian tersebut, pihak sekolah telah melancarkan satu derma kilat bertujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit. Hasil yang dikutip daripada derma yang disumbangkan oleh guru, staff sokongan dan semua murid telah disampaikan kepada bapa Rosli, Encik Ramli bin Nordin dalam satu acara ringkas yang diadakan di pejabat sekolah pada 11 Ogos 2014, jam 10.15 pagi.

Sama-sama kita doakan agar Encik Ramli sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.. Sesungguhnya ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seseorang..

Sumbangan disampaikan oleh tuan guru besar, Encik Othman bin Najar.

No comments:

Post a Comment