Saturday, 4 October 2014
Konvoi Merdeka Raya 2014
Pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 telah dilangsungkan Konvoi Berbasikal sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Pada hari yang sama turut dilangsungkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H peringkat sekolah..
Walaupun hujan turun pada awal pagi, namun ia tidak samasekali menumpulkan semangat kira-kira 100 orang murid untuk menyertai acara tersebut.. Acara bermula kira-kira jam 8 pagi dengan perbarisan basikal-basikal konvoi yang telah dihias cantik oleh peserta-peserta.. 10 basikal tercantik yang telah dihias dengan berwarna-warni telah dipilih oleh para hakim untuk memenangi hadiah-hadiah yang telah disediakan.
Acara konvoi telah bermula pada jam 10 pagi, selepas hujan berhenti.. Peserta konvoi yang telah diketuai oleh Ust. Fazrul Azman, yang bertindak sebagai pengarah program telah membawa peserta-peserta mengelilingi kampung dengan melalui jalan besar dan pinggir pantai. Peserta-peserta turut diawasi oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Cherating yang dijemput khas untuk memantau pergerakan dan keselamatan peserta konvoi. Konvoi berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.
Acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang acara Konvoi ini telah dilangsungkan di dewan sekolah selepas jamuan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..
Labels:
Kokurikulum,
Program Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment