Thursday, 27 November 2014

Senarai Pelajar Cemerlang 5A 2014

Tahniah dan selamat maju jaya buat pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2014..


Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk anda semua lebih cemerlang pada masa hadapan..

Kepada yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan keputusan yang baik, di sini bukan pengakhiran bagi perjalanan hidup anda.. Sesungguhnya perjalanan anda masih jauh.. Masih banyak perkara yang akan anda tempuhi.. Buat yang terbaik dalam apa bidang yang anda ceburi sekalipun.. Moga ia akan membuahkan hasil yang baik dan yang penting, diredhai Allah swt..

Keputusan UPSR 2014


Sejarah sekolah yang baru terlakar apabila keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada Rabu, 26 November 2014 yang lalu..

Encik Othman bin Najar, guru besar SK Sungai Ular, Kuantan telah mengumumkan seramai 12 orang pelajar telah memperolehi keputusan cemerlang 5A bagi tahun 2014..

Keputusan 12 orang pelajar mendapat 5A ini sekaligus memadamkan rekod 10 orang yang telah dicatatkan pada tahun 2011..

Sesungguhnya keputusan ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan usaha keras semua pihak.. Terima kasih diucapkan kepada semua guru khususnya guru-guru tahun 6 yang bekerja-keras sepanjang tahun bagi memastikan kejayaan ini tercipta..

Juga kepada pihak PIBG SKSU yang tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dan sumber kewangan bagi memastikan program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar..

Tidak lupa kepada ibu dan bapa pelajar yang ambil cakna dan memberikan komitmen yang baik dalam perkembangan sesi pembelajaran anak masing-masing..

Juga syarikat-syarikat luar seperti MTBE Petronas yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada pihak sekolah..

Semoga dengan kejayaan yang dicapai pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk semua warga SKSU untuk bekerja lebih kuat demi kejayaan pada masa hadapan..

Wednesday, 26 November 2014

Bengkel Pemulihan Perabot


Walaupun cuti sekolah telah bermula, namun tugas bagi seorang guru tidak habis setakat itu..

Beberapa orang guru lelaki yang diketuai oleh Ustaz Sidek bin Tahir, GPK Hal Ehwal Murid SKSU, telah mengambil inisiatif untuk membaiki meja dan kerusi murid yang rosak bagi memastikan pihak sekolah mempunyai bilangan meja dan kerusi murid yang mencukupi apabila sesi persekolahan dibuka awal tahun hadapan..

Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru terlibat seharusnya dipuji dan komitmen mereka seharusnya menjadi contoh kepada semua..

Tahniah kepada semua guru yang mengorbankan cuti masing-masing demi sekolah tercinta..


Friday, 21 November 2014

Selamat Bercuti!




Selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru.. Moga cuti sekolah yang panjang ini dapat dimanfaatkan sepnuhnya dengan perkara-perkara yang berfaedah..

Hari Anugerah Cemerlang Pelajar 2014


Hari Anugerah Cemerlang Pelajar 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis 20 November 2014.. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah juga untuk pelajar yang cemerlang kokurikulum dn sahsiah..

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Zamri bin Mohamed, seorang pakar motivasi dan juga dikenali penduduk setempat sebagai pemilik Mercu Beach Resort..

Majlis pada hari tersebut turut disertai oleh Sekolah KAFA Hassan Al Bana Sungai Ular, Kuantan..

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan pelajar seperti nasyid, tarian dan lain-lain.. Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 pagi..


Tuesday, 11 November 2014

Hari Usahawan Muda 2014


Pada Jumaat, 7 November 2014 yang lalu, telah berlangsung program yang dinamakan sebagai Hari Usahawan Muda.. Program tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 12 tengahari.. Is telah dilangsungkan di kantin sekolah..

Program ini dilaksanakan oleh Unit Tahun 6 dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SKSU..

Program ini memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 menceburi dan mendalami ilmu perniagaan dengan dibantu oleh guru-guru yang dilantik..

Sebanyak 10 gerai pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir..

Semoga dengan program seperti ini dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid yang terlibat untuk mengharungi kehidupan sebenar nanti..

Monday, 10 November 2014

Kejayaan Anak-anak SKSU Part 5


Pasukan bolasepak SKSU bawah 11 tahun di bawah asuhan Ustaz Fazrul Azman telah berjaya menjadi JOHAN dalam Kejohanan Bolasepak Bawah 11 tahun MSSD Kuantan yang telah berlangsung pada 4 dan 5 November 2014 yang lalu.. Kejohanan telah berlangsung di SK Balok Makmur, Kuantan..

Dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut, pasukan bolasepak SKSU telah menumpaskan pasukan SK Pandan menerusi sepakan penalti setelah masa penuh permainan diakhiri dengan keputusan 1-1..

Tahniah diucapkan kepada jurulatih2 dan semua pemain yang berjaya mempersembahkan komitmen jitu untuk menghadirkan kejayaan ini.. Moga pasukan ini akan mencipta kejayaan dalam Kejohanan MSSD pada tahun hadapan..