Thursday, 27 November 2014
Keputusan UPSR 2014
Sejarah sekolah yang baru terlakar apabila keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada Rabu, 26 November 2014 yang lalu..
Encik Othman bin Najar, guru besar SK Sungai Ular, Kuantan telah mengumumkan seramai 12 orang pelajar telah memperolehi keputusan cemerlang 5A bagi tahun 2014..
Keputusan 12 orang pelajar mendapat 5A ini sekaligus memadamkan rekod 10 orang yang telah dicatatkan pada tahun 2011..
Sesungguhnya keputusan ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan usaha keras semua pihak.. Terima kasih diucapkan kepada semua guru khususnya guru-guru tahun 6 yang bekerja-keras sepanjang tahun bagi memastikan kejayaan ini tercipta..
Juga kepada pihak PIBG SKSU yang tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dan sumber kewangan bagi memastikan program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar..
Tidak lupa kepada ibu dan bapa pelajar yang ambil cakna dan memberikan komitmen yang baik dalam perkembangan sesi pembelajaran anak masing-masing..
Juga syarikat-syarikat luar seperti MTBE Petronas yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada pihak sekolah..
Semoga dengan kejayaan yang dicapai pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk semua warga SKSU untuk bekerja lebih kuat demi kejayaan pada masa hadapan..
Labels:
Kecemerlangan UPSR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment