Saturday, 11 October 2014

Program Gotong-royong dan Santai Minda Tahun 6


Pada hari Jumaat, 10.10.2014 telah berlangsung Program Gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Sungai Ular dan Santai Minda untuk murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini merupakan salah satu program pasca UPSR yang telah dirancang.

Pantai Sungai Ular terletak kira-kira 300 meter dari sekolah. Kawasan pantai ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan berekreasi.. Namun kesederan sivik yang masih rendah mengakibatkan kawasan sekitar pantai telah dipenuhi dengan sampah-sarap.. Untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap murid-murid, maka program gotong royong ini merupakan satu program terbaik untuk menanamkan sifat cintakan kebersihan kepada mereka..




Setelah selesai bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut, murid-murid serta guru yang turut hadir menjamu selera dengan makanan-makanan yang sama-sama mereka bawa untuk sesi potluck n picnic.




Diharapkan dengan sesi gotong-royong ini dapat menanamkan sifat tanggungjawab dan cintakan kebersihan kepada murid-murid SKSU..

Friday, 10 October 2014

Minggu Karnival Pendidikan 2014


Program 'Minggu Karnival Pendidikan 2014' telah dilancarkan dengan rasminya oleh Encik Othman bin Najar, guru besar SK Sungai Ular, Kuantan pada 10 Oktober 2014 dalam satu majlis khas yang diadakan di Dataran Perhimpunan Rasmi Sekolah..

Minggu Karnival Pendidikan tersebut akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 17 Oktober 2014..

Pelbagai program pendidikan telah dirancang oleh 5 panitia matapelajaran utama untuk menjayakan program tersebut..

Diharapkan dengan program yang dirancang ini, akan memberikan angin dan dimensi baru kepada semua murid dalam memandang pembelajaran di sekolah adalah proses belajar yang menyeronokkan..


Saturday, 4 October 2014

Salam Aidil Adha 1435H


Kejayaan Anak-Anak SKSU part 4 2014


Pasukan Bola Jaring Pra Sekolah SK Sungai Ular, Kuantan telah menempa kejayaan gemilang apabila berjaya menjadi Johan acara Bola Jaring di Karnival Sukan Pra Sekolah Negeri Pahang 2014 yang diadakan pada 25 September 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera, Pahang..

Pasukan Bola Jaring Pra Sekolah, yang mewakili daerah Kuantan, telah menewaskan pasukan pra sekolah dari daerah Jerantut 6-0 dalam perlawanan akhir untuk muncul Johan dalam karnival tersebut.. Kemenangan ini membolehkan pasukan Pra Sekolah kita yang dimbimbing oleh Puan Rohani Zakaria dan Puan Noormiyatul Kassim, mewakili negeri Pahang ke Karnival Sukan Pra Sekolah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Johor Baharu pada 13 - 15 Oktober 2014 nanti..

Sama-sama kita doakan pasukan bola jaring Pra Sekolah SKSU akan menempa nama dalam kejohanan di peringkat kebangsaan pula.. Go Girls!



Konvoi Merdeka Raya 2014



Pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 telah dilangsungkan Konvoi Berbasikal sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Pada hari yang sama turut dilangsungkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H peringkat sekolah..

Walaupun hujan turun pada awal pagi, namun ia tidak samasekali menumpulkan semangat kira-kira 100 orang murid untuk menyertai acara tersebut.. Acara bermula kira-kira jam 8 pagi dengan perbarisan basikal-basikal konvoi yang telah dihias cantik oleh peserta-peserta.. 10 basikal tercantik yang telah dihias dengan berwarna-warni telah dipilih oleh para hakim untuk memenangi hadiah-hadiah yang telah disediakan.

Acara konvoi telah bermula pada jam 10 pagi, selepas hujan berhenti.. Peserta konvoi yang telah diketuai oleh Ust. Fazrul Azman, yang bertindak sebagai pengarah program telah membawa peserta-peserta mengelilingi kampung dengan melalui jalan besar dan pinggir pantai. Peserta-peserta turut diawasi oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Cherating yang dijemput khas untuk memantau pergerakan dan keselamatan peserta konvoi. Konvoi berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.




Acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang acara Konvoi ini telah dilangsungkan di dewan sekolah selepas jamuan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..

Malang Tidak Terduga

Satu kebakaran besar telah mengakibatkan rumah seorang murid tahun 4 Exert, Rosli bin Ramli
musnah sama sekali..  Kejadian tersebut telah berlaku kira-kira jam 4 petang, 5 Ogos 2014
yang lalu. Rumah murid terbabit betul-betul terletak di pagar belakang sekolah berhampiran bilik pemulihan.Kebakaran telah dipercayai berpunca daripada berlakunya litar pintas. Api marak
begitu pantas sehingga tiada barang yang dapat diselamatkan. Kehadiran ahli bomba dari Balai Bomba Gebeng dapat mengelakkan kebakaran tersebut daripada merebak ke rumah berhampiran..





Sempena kejadian tersebut, pihak sekolah telah melancarkan satu derma kilat bertujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit. Hasil yang dikutip daripada derma yang disumbangkan oleh guru, staff sokongan dan semua murid telah disampaikan kepada bapa Rosli, Encik Ramli bin Nordin dalam satu acara ringkas yang diadakan di pejabat sekolah pada 11 Ogos 2014, jam 10.15 pagi.

Sama-sama kita doakan agar Encik Ramli sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.. Sesungguhnya ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seseorang..

Sumbangan disampaikan oleh tuan guru besar, Encik Othman bin Najar.